|

Kefahaman
Masyarakat Tentang Labu Sayong
Labu
Sayong adalah nama yang sinonim dengan bekas tembikar yang boleh
digunakan untuk menyimpan air bagi kegunaan minuman. Ia terbahagi kepada
saiz, warna pembakaran, jenis atau bentuk serta samada kegunaan perhiasan
atau tujuan minuman. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa 'Labu Sayong'
semata-mata untuk tujuan minuman. Anggapan ini adalah salah dan tidak lagi
relevan dengan zaman semasa.
Kini Labu
Sayong telah dikomersialkan sebagai produk perhiasan selain untuk tujuan
minuman. Berbagai-bagai kegunaan yang direka mengikut cita-rasa pengguna.
Antaranya Lampu Tidur, seni taman air terjun, hiasan pejabat dan banyak lagi.
Justeru, perlu diingat mana-mana 'Labu Sayong Untuk Tujuan Hiasan' bukannya
boleh dibuat bekas menyimpan air minuman.
Hal ini,
sering terjadi apabila pengguna tersalah beli produk kegunaan perhiasan yang
disangkakan sebagai produk kegunaan minuman. Telah timbul rungutan para
pembeli bahawa Labu Sayong airnya berasa pahit dan payau atau lebih buruk
lagi airnya berbau cat. Dalam kes ini, siapakah yang patut dipersalahkan?
Penjual?
Jawapannya ya!,
kebanyakkan kes tersebut terjadi apabila pekerja yang bekerja di kedai-kedai
menjual barangan kraf Labu Sayong tidak arif tentang perbezaan kegunaan
perhiasan dengan kegunaan bekas minuman. Kebanyakan Labu Sayong untuk
perhiasan telah disembur cat, atau teknik brownsing. Manakala kegunaan bekas
minuman tidak dicat sama sekali hanya perwarna khas dipermukaan sahaja Labu
Sayong dihiaskan bagi yang berwarna.
Pilihan
Perhiasan atau Untuk Kegunaan Bekas Minuman
Bekas
Minuman Dalam hal ini, Labu Sayong untuk kegunaan bekas
minuman terbahagi 2 iaitu Bakar Hitam dan
Bakar
Merah. Bakar Hitam
bermakna sebarang bentuk Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman akan
dimasukkan ke dalam sekam padi pada masa masih panas setelah dipastikan
telah cukup masak.Lihat jujukan proses pembakaran dengan sekam
padi. Berikut
gambar-gambar Labu Sayong dalam pelbagai bentuk yang dibakar secara Hitam.


Warna
kehitaman seperti kelihatan di atas ini adalah warna semulajadi. Ini perlu
diperjelaskan bagi mengelakkan salah faham para pengguna bahawa warna hitam
tersebut disangkakan cat. TIDAK!! Anda boleh membezakannya dengan sendiri
samada ia bercat atau sebaliknya.
Bakar Merah
pula bermakna sebarang bentuk Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman akan
dibakar sampai masak dan dibiarkan sejuk dalam dapur pembakaran tanpa
dimasukkan ke dalam sekam padi. Maka sekam padi tidak diperlukan bagi teknik
Bakar Merah.Pengguna boleh dapatkannya dalam bentuk 'merah kosong' atau
ditambah nilai dengan pelbagai perwarna yang dibenarkan yang dihias pada
permukaan Labu Sayong. Lihat jujukan proses pembakaran tanpa sekam padi
iaitu teknik Bakar Merah. Berikut gambar-gambar Labu Sayong dalam pelbagai
bentuk yang dibakar merah.

Warna merah
tanah seperti kelihatan di atas ini adalah warna semulajadi. Ini perlu
diperjelaskan bagi mengelakkan salah faham para pengguna bahawa warna merah
tersebut disangkakan cat. TIDAK!! Anda boleh membezakannya dengan sendiri
samada ia bercat atau sebaliknya. Namun, terdapat juga Labu air bagi tujuan
bekas minuman dihias perwarna di permukaan Labu.
Perhiasan
Semata-mata Dalam hal ini, Sebarang Labu Sayong untuk kegunaan bekas
minuman boleh juga dijadikan sebagai produk perhiasan bergantung citarasa
pengguna dan kreativiti pengusaha dalam pelbagai bentuk dan saiz. Namun,
jumlah yang dikategorikan sebagai produk perhiasan adalah terhad. Antaranya,
Labu Kecil Perhiasan dan sebarang bentuk Labu Sayong yang ditambah warna cat
dipermukaannya.
|