Demontrasi - temubual mengenai pembuatan Labu Sayong

Penggambaran Program Majalah 3 di Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah
Padang Rengas
Demontrasi - Kerja-kerja penyiapan akhir Labu Sayong

 

PEMBUATAN MODEN LABU SAYONG KUALA KANGSAR

KAMPUNG PAYA LINTAH, PADANG RENGAS, PERAK

Pengenalan

Produk

Lokasi

Lawatan

Katalog

Tempahan

 

 

 

Penggambaran Program Majalah 3

Demontrasi - mengeluarkan Labu Sayong dari acuan

Perusahaan Membuat Labu Sayong memang terkenal di Negeri Perak Darul Ridzuan khususnya bagi daerah Kuala Kangsar. Bagi kami sebagai pengusaha kraftangan Labu Sayong merasa bertuah apabila perusahaan perniagaan kami telah menarik perhatian pihak media iaitu TV3 untuk membuat penggambaran Majalah 3 di sini pada awal bulan Disember 2004 yang lalu. 

Semenjak memberi perhatian serius dalam perusahaan Labu Sayong pada Disember 2002, terlintas di fikiran kami sekeluarga alangkah baik sekiranya tapak perusahaan kami diberi publisiti meluas melalui media elektronik khususnya untuk keluaran majalah 3. Syukur Alhamdulillah setelah hampir dua tahun beroperasi, suatu hari kami ditawarkan untuk dijalankan penggambaran untuk Majalah 3 di Bengkel Perusahaan Labu Sayong kami ini. 

Bermula panggilan En. Roslan Zainal Abidin, kami begitu terkejut bercampur gembira bahawa dinyatakan bahawa kami sekeluarga ditawarkan Demontrasi - mengisi tanah liat cair ke dalam acuanDemontrasi - mengisi tanah liat cair ke dalam acuanuntuk program Majalah 3. Setelah membuat butiran lanjut berhubung tarikh dan masa, dinyatakan pada 8 dan 9 hb Disember 2004 maka hari tersebut adalah hari bersejarah buat kami sebagai pengusaha Labu Sayong. Pada mulanya hinggalah hari yang ditunggu, kami seolah tidak dapat mempercayai akan apa yang dipersetujui. Segala persiapan telah diaturkan sebaik mungkin.

Awal pagi 8/12/2004, kami mula bergegas ke bengkel bagi memulakan proses pembakaran Labu Sayong. Ini kerana demontrasi nanti akan melibatkan proses mengeluarkan Labu dari dapur pembakaran ke dalam sekam padi. Hal ini amat penting apabila krew majalah 3 sampai maka shooting boleh dimulakan tanpa membuang masa. Segala segmen proses pembuatan Labu sudah tersedia bagi kelancaran penggambaran tersebut. Untuk pengetahuan semua, pembakaran Labu Sayong akan mengambil masa 7 hingga 8 jam. Sila arahkan cursor anda ke gambar-gambar yang dipaparkan untuk mengetahui aktiviti yang sedang didemontrasikan!!

Demontrasi - temubual mengenai pembuatan Labu SayongJam 4 petang secara perlahan sebuah kereta putih berlogokan TV3 menyusuri jalanraya utama dan terus memasuki simpang masuk ke bengkel Labu Sayong seolah-olah faham benar selok belok jalan ke tempat kami.  Namun, setelah 5 kelibat muncul tidak seorangpun yang kami kenal kerana pada sangkaan kami Kak Norzie yang datang. Ini kerana sejak program majalah 3 tidak dihoskan lagi oleh Kak Alin, kami jarang mengikuti siaran majalah 3 dan wartawannya pun tidak kami kenali. Akan tetapi, setelah memperkenalkan diri masing-masing barulah kami cukup mesra dan memberi kerjasama sepenuhnya seperti yang dipersetujui bersama sebelumnya.

Demontrasi - Selesai proses pembakaran Labu SayongTanpa berlengah, segmen pembakaran Labu Sayong diambil terlebih dahulu memandangkan tempoh pembakaran telah cukup masa. Untuk segmen ini, hampir 45 minit barulah selesai di mana labu - labu di dalam dapur pembakaran dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam sekam padi. Pintu dapur dibuka dalam keadaan panas membara bagi menghasilkan warna kehitaman pada labu apabila dimasukkan ke dalam sekam tersebut. Kepada kebanyakkan pengunjung yang buat pertama kali menyaksikannya maka ini suatu pengalaman berharga buat mereka dengan mata kepala sendiri Labu Sayong bertukar menjadi warna kehitaman setelah mengenai serbuk sekam tadi. Suasana penggambaran bertambah menarik apabila angin bertiup lalu menghasilkan situasi 'api marak' apabila Labu yang panas membara dikeluarkan dari sekam padi.

Demontrasi - mengisi tanah liat cair ke dalam acuanSetelah proses mengeluarkan labu selesai, segmen memulakan pembuatan labu Sayong mula kami pertontonkan dan diambil gambar iaitu membancuh tanah liat sayong menjadi cair. Kemudian aksi menampal acuan dijalankan. Untuk pengetahuan, hanya acuan yang sudah haus saja ditampal manakala proses menampal acuan yang baru tidak diperlukan sama sekali. Ini kerana jika acuan lama dan haus maka wujud liang-liang yang besar justeru mengakibatkan tanah liat cair melimpah keluar dan akan merugikan pengusaha. Tanah liat beku (lembab basah) digunakan bagi kerja-kerja menampal ini. Bergantung jumlah acuan yang bermasalah maka masa yang lebih terpaksa diambil bagi kerja-kerja penampalan tersebut..

Dari kiri : Kak Jamilah, Abg. Roslan, ?, Adli dan NorzahanSegmen seterusnya, mengisi tanah liat cair ke dalam acuan yang telah ditampal. Untuk segmen ini, 2 jam diperlukan bagi memperoleh ketebalan labu yang sesuai di dalam acuan. Sekiranya hal ini tidak diambil berat maka kualiti akan terjejas seperti mudah bocor atau terlampau berat untuk diangkat kerana begitu tebal. Namun, tidaklah para krew ini menunggu sekian masa tersebut kerana kami telahpun menyediakan Labu yang telah siap proses penuangan semula atau istilah 'dikeluarkan tanah liat cair semula'. Setelah ditaklimat dan selesai melalui 2 jam tersebut maka acuan yang telah diisi 'sentiasa penuh' dan menunjukkan ketebalan labu sudah mencukupi akan diangkat untuk dikeluarkan semula tanah liat cair tadi. Hal ini, barulah para krew majalah 3 faham bagaimana sesuatu labu itu boleh kosong di dalamnya bagi diisi dengan air. Dengan demikian, nyata dan fahamlah para krew majalah 3 setelah sekian lama bermain di minda bagaimana boleh sesuatu labu sayong itu kosong di dalamnya setelah dikatakan teknik pembuatan Labu Sayong sekarang menggunakan acuan plaster.

Seterusnya, kami menunjukkan keadaan labu di dalam acuan setelah dikeluarkan semula tanah liat cair. Untuk pengetahuan semua, masa 24 hingga 48 jam diperlukan Demontrasi - Proses pembakaran Labu Sayong selesaibagi labu sayong membeku di dalam acuan. Hal ini turut berkait dengan faktor cuaca, ini kerana persekitaran yang kering akan mempercepatkan lagi proses membeku di dalam acuan manakala persekitaran basah akan melambatkan Labu Sayong dikeluarkan daripada acuan. Demontrasi - Proses mengeluarkan labu daripada acuanSetelah masanya, labu akan dibuka bagi melalui proses seterusnya. Labu yang baru dikeluar dari acuan masih berkeadaan lembik justeru proses mengeluarkannya dibuat berhati-hati dan disusun dengan kemas. Ia akan dipantau dari masa ke semasa supaya keadaan kering dan basah benar-benar didapati seterusnya dimasukkan ke dalam plastik tidak bocor untuk menjaga kelembapannya. Ini kerana sekiranya kering maka kerja-kerja mengukir dan membentuk tidak akan dapat dilakukan.

Perbincangan diadakan terlebih dahulu demi kelancaran kerja-kerja penggambaranGambar di sebelah kiri ini, perbincangan dengan krew majalah 3 dilakukan terlebih dahulu bagi penggambaran segmen pengukiran. Selain kerja-kerja penyiapan akhir turut serta lakonan semula bagi kerja-kerja pengambilan fotografi ke atas produk Labu Sayong yang diusahakan seterusnya memindahkannya ke dalam talian internet. Terlibat juga kerja-kerja scanning ke atas gambar-gambar yang telah di ambil sebelumnya. Dinyatakan juga alamat website yang diguna pakai bagi mempromosikan Bengkel Labu Sayong kami di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.

 

Untuk segmen penggambaran Demontrasi - Kerja-kerja penyiapan akhir Labu Sayongakhir berkenaan penyiapan akhir Labu Sayong telah mengambil masa hampir satu jam setengah. Tepat jam 7.45 malam maka berakhirlah sesi penggambaran pada hari pertama. Suatu perbincangan ringkas diadakan bagi memastikan kelancaran penggambaran keesokkannya. Antara lain aksi mengambil tanah liat Sayong di Kampung Kepala Bendang, pertemuan dengan Ketua Kampung ( Uncle Razak ) bagi memaklumkan kunjungan krew Majalah 3 dan akhir sekali segmen jual beli di Bengkel Labu Sayong Paya Lintah kami.

Demontrasi - Pengambilan tanah liat sayong yang sesuai dibuat Labu SayongPagi 9/12/2004 iaitu hari terakhir penggambaran kami dan krew Majalah 3 tiba di Kampung Kepala Bendang Sayong bagi segmen pengambilan tanah liat khas Sayong. Bermula kunjungan ke atas Ketua Kampung, kami di bawa ke sebuah tempat yang amat sesuai sekali untuk dijalankan sesi penggambaran nanti. Alhamdulillah, mengikut rancangan awal dijangkakan terpaksa meredah sebuah anak sungai untuk ke tapak pengambilan tanah yang sesuai. Namun, dengan kebenaran Makcik Etum serta kerjasama yang diberikannya membuatkan penggambaran proses pengambilan tanah tersebut berjalan dengan lancarnya.  

Atas segala kerjasama penuh yang diberi, kami (saya dan emak - penguasaha Labu Sayong Paya lintah) dan krew Majalah 3 amat Demontrasi - Pengambilan tanah liat sayong yang sesuai dibuat Labu SayongDemontrasi - Pengambilan tanah liat sayong yang sesuai dibuat Labu Sayongberterima kasih kepada Makcik Etum dan Uncle Razak selaku Ketua Kampung Kepala Bendang kerana selain kebenaran yang diberi kepada kami semua; mereka juga memberi tunjuk ajar tambahan perihal tanah liat Sayong. Gambar di sebelah, menunjukkan proses pengambilan tanah liat sayong untuk dibawa pulang dan diproses seterusnya.

Setelah segmen penggambaran pengambilan tanah selesai, kami dan krew Majalah 3 bergegas kembali semula ke Bengkel Labu Sayong Paya Lintah di Demontrasi - Jual beli Labu Sayong antara pengunjung dan pengusahaDemontrasi - Jual beli Labu Sayong antara pengunjung dan pengusaha Padang Rengas. Di Bengkel Labu Sayong Paya Lintah, penggambaran akhir dijalankan bagi segmen penutup iaitu jual beli dengan pelanggan yang datang. Perbincangan terakhir dibuat bagi memeriksa maklumat yang dicatat sebelumnya supaya tiada kesalahan maklumat berlaku.  

Dalam perbincangan itu, saya mencadang juga jikalau boleh dijalankan penggambaran Misteri Nusantara di Kampung kami berkenaan tapak Demontrasi - Jual beli Labu Sayong antara pengunjung dan pengusahaDemontrasi - Jual beli Labu Sayong antara pengunjung dan pengusahaperkelahan Batu Hampar. Persetujuan awal diberikan oleh Kak Jamilah tapi buat tarikh yang akan ditentukan kemudian. Diceritakan secara ringkas akan kisah-kisah yang menarik untuk penggambaran Misteri Nusantara nanti. Di akhir pertemuan, krew majalah membeli barangan kraf sebagai ole-ole dibawa pulang ke Ibukota Kuala Lumpur.

Berikut di bawah gambar-gambar semasa penggambaran Majalah 3 di Bengkel Labu Sayong Paya Lintah

      Akhir sekali, kami sebagai pengusaha kraftangan seramik Labu Sayong amat berterima kasih kepada pihak TV3 di atas kesudian membuat segmen penggambaran mereka di Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas Kuala Kangsar, Perak. Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana memakbulkan impian kami sekeluarga. Dengan ini, dapatlah sedikit sebanyak memperkenalkan tapak bengkel kami yang baru 3 tahun beroperasi kepada umum. Begitu juga harapan opah kami yang ingin melihat perusahaan kraftangan seramik yang diwarisi turun temurun kini tinggal satu-satu anaknya iaitu emak saya yang masih mengekalkan tradisi keluarga. Opah bernama Rofaah Bt Itam Mohammad berasal dari Kampung Kepala Bendang, Sayong Kuala Kangsar. Selain itu, majoriti pengusaha-pengusaha Labu Sayong yang ada hingga ke hari ini rata-rata kebanyakkannya merupakan kesinambungan keturunan yang sama khususnya dalam kawasan Mukim Sayong itu sendiri. Penghargaan juga kepada ayah kami, Pak Noor yang memberi tunjuk ajar kepada emak dan kami semua dalam menjadikan Labu Sayong berinovasi sesuai peredaran semasa. Sekian.

 

bulletPengambaran Misteri Nusantara - Air Terjun Batu Hampar Paya Lintah
bulletPenggambaran Kisah ini dijalankan 2 hari sebelum tragedi tsunami sumatera.
bulletPengambaran Misteri Nusantara - Laluan Makhluk Halus Kg. Paya Lintah
bulletPenggambaran Kisah ini dijalankan pada akhir bulan Mac 2005
bulletPengambaran Misteri Nusantara - Gunung Pondok
bulletPenggambaran Kisah ini dijalankan pada akhir bulan Mac 2005

 

[ Pengenalan ] [ Lokasi ] [ Produk Kraf ] [ Customer Services ] [ Lain-lain ]

Lawatan Majalah 3 dan Tiga Kisah Misteri Nusantara di Bengkel Labu Sayong Kami

Hebahan dan Peringatan        Untuk Tempahan          Lawatan           Ke Halaman Utama        Kembali

horizontal rule

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian ( Shahril 6012-4595687 ) atau di alamat No.141, Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Malaysia