Pengenalan

Produk

Lokasi

Lawatan

Katalog

Tempahan

 

 

Proses Pembuatan Labu Sayong Teknik Pembakaran Hitam


Setiap maklumat dan juga penerangan yang kami paparkan adalah merupakan hasil pengetahuan, pengalaman dan pengamatan kami sekeluarga tentang segala yang berkaitan laman web labu sayong. Istilah, nama mungkin berbeza daripada satu sama lain antara pengusaha kraftangan seramik di perak khususnya dalam Daerah Kuala Kangsar. Namun, semuanya membawa maksud yang sama mengikut kefahaman setiap individu yang mengusaha Labu Sayong.  

 Hebahan dan Peringatan

horizontal rule

Kefahaman Masyarakat Tentang Labu Sayong

Labu Sayong adalah nama yang sinonim dengan bekas tembikar yang boleh digunakan untuk menyimpan air bagi kegunaan minuman. Ia terbahagi kepada saiz, warna pembakaran, jenis atau bentuk serta samada kegunaan perhiasan atau tujuan minuman. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa 'Labu Sayong' semata-mata untuk tujuan minuman. Anggapan ini adalah salah dan tidak lagi relevan dengan zaman semasa. 

Kini Labu Sayong telah dikomersialkan sebagai produk perhiasan selain untuk tujuan minuman. Berbagai-bagai kegunaan yang direka mengikut cita-rasa pengguna. Antaranya Lampu Tidur, seni taman air terjun, hiasan pejabat dan banyak lagi. Justeru, perlu diingat mana-mana 'Labu Sayong Untuk Tujuan Hiasan' bukannya boleh dibuat bekas menyimpan air minuman. 

Hal ini, sering terjadi apabila pengguna tersalah beli produk kegunaan perhiasan yang disangkakan sebagai produk kegunaan minuman. Telah timbul rungutan para pembeli bahawa Labu Sayong airnya berasa pahit dan payau atau lebih buruk lagi airnya berbau cat. Dalam kes ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Penjual? 

Jawapannya ya!, kebanyakkan kes tersebut terjadi apabila pekerja yang bekerja di kedai-kedai menjual barangan kraf Labu Sayong tidak arif tentang perbezaan kegunaan perhiasan dengan kegunaan bekas minuman. Kebanyakan Labu Sayong untuk perhiasan telah disembur cat, atau teknik brownsing. Manakala kegunaan bekas minuman tidak dicat sama sekali hanya perwarna khas dipermukaan sahaja Labu Sayong dihiaskan. 

horizontal rule

Untuk Kegunaan Bekas Minuman

horizontal rule

Bakar Hitam bermakna sebarang bentuk Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman akan dimasukkan ke dalam sekam padi pada masa masih panas setelah dipastikan telah cukup masak.Lihat jujukan proses pembakaran dengan sekam padi di sebelah. Berikut gambar-gambar Labu Sayong dalam pelbagai bentuk yang dibakar secara Hitam. 

  Labu Botak/Licin Labu Gelugor Besar Labu Gelugor Besar C Labu Spring

Labu Gelugor Kecil  Labu Lepap Labu Botak Kecil

Warna kehitaman seperti kelihatan di atas ini adalah warna semulajadi. Ini perlu diperjelaskan bagi mengelakkan salah faham para pengguna bahawa warna hitam tersebut disangkakan cat. TIDAK!! Anda boleh membezakannya dengan sendiri samada ia bercat atau sebaliknya.      

horizontal rule

Perhiasan Semata-mata Dalam hal ini, Sebarang Labu Sayong untuk kegunaan bekas minuman boleh juga dijadikan sebagai produk perhiasan bergantung citarasa pengguna dan kreativiti pengusaha dalam pelbagai bentuk dan saiz. Namun, jumlah yang dikategorikan sebagai produk perhiasan adalah terhad. Antaranya, Labu Kecil Perhiasan dan sebarang bentuk Labu Sayong yang ditambah warna cat dipermukaannya. 

  Sila Buka dan Amati :-

Himpunan Soal Jawab / Panduan / Penerangan Perihal Kraftangan Labu Sayong Buatan Bengkel Paya Lintah

 

Ke Halaman Utama

 

Antara Proses Yang Di Lalui Dalam Teknik Bakar Hitam

Antara Proses Yang Di Lalui Dalam Teknik Bakar Hitam

Antara Proses Yang Di Lalui Dalam Teknik Bakar Hitam

Antara Proses Yang Di Lalui Dalam Teknik Bakar Hitam

Antara Proses Yang Di Lalui Dalam Teknik Bakar Hitam

 

[ Pengenalan ] [ Lokasi ] [ Produk Kraf ] [ Customer Services ] [ Lain-lain ]

Lawatan Majalah 3 dan Tiga Kisah Misteri Nusantara di Bengkel Labu Sayong Kami

Hebahan dan Peringatan        Untuk Tempahan          Lawatan           Ke Halaman Utama        Kembali

horizontal rule

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian ( Shahril 6012-4595687 ) atau di alamat No.141, Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Malaysia