Pengenalan

Produk

Lokasi

Lawatan

Katalog

Tempahan

 

 

Proses Pembuatan Labu Sayong Teknik Pembakaran Merah

 

Setiap maklumat dan juga penerangan yang kami paparkan adalah merupakan hasil pengetahuan, pengalaman dan pengamatan kami sekeluarga tentang segala yang berkaitan laman web labu sayong. Istilah, nama mungkin berbeza daripada satu sama lain antara pengusaha kraftangan seramik di perak khususnya dalam Daerah Kuala Kangsar. Namun, semuanya membawa maksud yang sama mengikut kefahaman setiap individu yang mengusaha Labu Sayong.  

Hebahan dan Peringatan

horizontal rule

Kefahaman Masyarakat Tentang Labu Sayong

Labu Sayong adalah nama yang sinonim dengan bekas tembikar yang boleh digunakan untuk menyimpan air bagi kegunaan minuman. Ia terbahagi kepada saiz, warna pembakaran, jenis atau bentuk serta samada kegunaan perhiasan atau tujuan minuman. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa 'Labu Sayong' semata-mata untuk tujuan minuman. Anggapan ini adalah salah dan tidak lagi relevan dengan zaman semasa. 

Kini Labu Sayong telah dikomersialkan sebagai produk perhiasan selain untuk tujuan minuman. Berbagai-bagai kegunaan yang direka mengikut cita-rasa pengguna. Antaranya Lampu Tidur, seni taman air terjun, hiasan pejabat dan banyak lagi. Justeru, perlu diingat mana-mana 'Labu Sayong Untuk Tujuan Hiasan' bukannya boleh dibuat bekas menyimpan air minuman. 

Hal ini, sering terjadi apabila pengguna tersalah beli produk kegunaan perhiasan yang disangkakan sebagai produk kegunaan minuman. Telah timbul runggutan para pembeli bahawa Labu Sayong airnya berasa pahit dan payau tau lebih buruk lagi airnya berbau cat. Dalam kes ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Penjual? 

Jawapannya ya!, kebanyakkan kes tersebut terjadi apabila pekerja yang bekerja di kedai-kedai menjual barangan kraf Labu Sayong tidak arif tentang perbezaan kegunaan perhiasan dengan kegunaan bekas minuman. Kebanyakan Labu Sayong untuk perhiasan telah disembur cat, atau teknik brownsing. Manakala kegunaan bekas minuman tidak dicat sama sekali hanya perwarna khas dipermukaan sahaja Labu Sayong dihiaskan. 

horizontal rule

Untuk Kegunaan Bekas Minuman

horizontal rule

Bakar Merah pula bermaksud sebarang bentuk Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman akan dibakar sampai masak dan dibiarkan sejuk dalam dapur pembakaran tanpa dimasukkan ke dalam sekam padi. Maka sekam padi tidak diperlukan bagi teknik Bakar Merah.Pengguna boleh dapatkannya dalam bentuk 'merah kosong' atau ditambah nilai dengan pelbagai perwarna yang dibenarkan yang dihias pada permukaan Labu Sayong. Lihat jujukan proses pembakaran tanpa sekam padi iaitu teknik Bakar Merah di sebelah. Berikut gambar-gambar Labu Sayong dalam pelbagai bentuk yang dibakar merah.

   

Warna merah tanah seperti kelihatan di atas ini adalah warna semulajadi. Ini perlu diperjelaskan bagi mengelakkan salah faham para pengguna bahawa warna merah tersebut disangkakan cat. TIDAK!! Anda boleh membezakannya dengan sendiri samada ia bercat atau sebaliknya. Namun, terdapat juga Labu air bagi tujuan bekas minuman dihias perwarna di permukaan Labu.

horizontal rule

Perhiasan Semata-mata Dalam hal ini, Sebarang Labu Sayong untuk kegunaan bekas minuman boleh juga dijadikan sebagai produk perhiasan bergantung citarasa pengguna dan kreativiti pengusaha dalam pelbagai bentuk dan saiz. Namun, jumlah yang dikategorikan sebagai produk perhiasan adalah terhad. Antaranya, Labu Kecil Perhiasan dan sebarang bentuk Labu Sayong yang ditambah warna cat dipermukaannya. 

 

Sila Buka dan Amati :- 

Himpunan Soal Jawab / Panduan / Penerangan Perihal Kraftangan Labu Sayong Buatan Bengkel Paya Lintah

 

 

Ke Halaman Utama

   

Proses Pengeringan 

Menyusun Barangan Kraf yang mentah untuk dibakar 

Menyusun Barangan Kraf yang mentah untuk dibakar 

Menyusun Barangan Kraf yang mentah untuk dibakar

 

Barangan Kraf yang selesai dibakar

Barangan Kraf yang selesai dibakar

 

[ Pengenalan ] [ Lokasi ] [ Produk Kraf ] [ Customer Services ] [ Lain-lain ]

Lawatan Majalah 3 dan Tiga Kisah Misteri Nusantara di Bengkel Labu Sayong Kami

Hebahan dan Peringatan        Untuk Tempahan          Lawatan           Ke Halaman Utama        Kembali

horizontal rule

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian ( Shahril 6012-4595687 ) atau di alamat No.141, Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Malaysia