|
|
|
|
***************************************************************************************************************************************************** KEKELIRUAN !! Kekeliruan timbul apabila pengunjung menyangka bahawa Bengkel Labu Sayong Paya Lintah ini terletak di mukim Sayong Kuala Kangsar. Tanggapan ini salah, sebenarnya Bengkel Labu Sayong Paya Lintah ini terletak di Kampung Paya Lintah iaitu dalam mukim Kg. Buaia di Padang Rengas. Padang Rengas merupakan sebuah pekan dalam daerah Kuala Kangsar yang bersempadan ke daerah Bukit Berapit Taiping. Justeru, kedudukan Bengkel ini kira-kira 6km dari persimpangan ( Simpang Empat ) di Pekan Padang Rengas menghala ke Lubuk Merbau, sebuah pekan 'mati'; juga dalam daerah Kuala Kangsar. Manakala 4km dari persimpangan ( Simpang Tiga ) di Pekan Lubuk Merbau menghala ke Padang Rengas. Dan 10 km dari Jalan Bertingkat Lampu Isyarat dekat Plaza Tol Kuala Kangsar menghala arah ke Gerik / Lenggong ( namun, setakat Lubuk Merbau sahaja sehingga memasuki simpang jalan menuju ke Padang Rengas ). Sila fahami dan amati dengan teliti jujukan panduan perjalanan dari arah anda datang. Ini akan memudahkan anda untuk sampai ke tempat kami iaitu Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. Anda boleh menelefon kami untuk memandu arah. Selamat Datang.. *************************************************************** |
|
** Untuk mengelakkan kekeliruan, Pastikan anda memilih panduan perjalanan dari arah mana anda datang |
|
Lokasi
|
Berikut Pilihan Mudah Panduan Perjalanan Ke Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas; dalam Daerah Kuala Kangsar, Perak
|
[ Pengenalan ] [ Lokasi ] [ Produk Kraf ] [ Customer Services ] [ Lain-lain ]
Lawatan Majalah 3 dan Tiga Kisah Misteri Nusantara di Bengkel Labu Sayong Kami
Hebahan dan Peringatan Untuk Tempahan Lawatan Ke Halaman Utama Kembali
![]()
Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian ( Shahril 6012-4595687 ) atau di alamat No.141, Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Malaysia