|
|
||
MISTERI LALUAN MAKHLUK HALUS DAN HARIMAU SILUMANKAMPUNG PAYA LINTAH, 33700 PADANG RENGAS, PERAK |
|
|
Penggambaran Misteri Nusantara TV3 Orang luar yang pernah melalui perkampungan ini mungkin mengenalinya sebagai sebuah perkampungan yang ada mengusahakan kraf Labu Sayong dan tempat perkelahan air terjun Batu Hampar yang menarik. Changkat Ponggeng sebuah gunung batu kapur dalam kawasan Kampung Paya Lintah dan Kampung Laneh di Kuala Kangsar. Nama ponggeng diberi kerana kedudukan gunung ini tidak bersambung dengan banjaran gunung yang lain. Ponggeng sebuah kata lama loghat di kawasan ini yang bererti “tunggal”. Kedua-dua perkampungan ini mempunyai versi cerita yang tersendiri berdasarkan kisah yang diperturunkan oleh leluhur sebelumnya.
Bagi sesetengah penduduk Kampung Paya Lintah, kelibat sang Harimau sering dilihat mundar – mandir di laluan ini. Akan tetapi, segelintir sahaja yang dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri di mana dari generasi ke generasi dipercayai harimau itu adalah jelmaan Mak Long Elok atau Long Mole yang pernah dikhabarkan hilang di Gunung ini. Ada sesetengah pendapat kehilangannya ada kaitan daripada kesan pertapaan atau diambil oleh bunian. Wanita ini dikatakan anak sulung “sesetengah pendapat anak bongsu” daripada 13 adik beradik anak kepada Moyang Dokme @ Some antara generasi terawal mendiami kawasan perkampungan ini.
Menurut orang-orang tua, Moyang Dokme @ Some adalah abang kepada Moyang Salli iaitu penguasa di Air Terjun Batu Hampar Paya Lintah sebuah kawasan perkelahan air terjun dalam kawasan perkampungan ini. Mereka berdua ini sebenarnya daripada 4 beradik berasal dari Bukit Gantang iaitu Dokme @ Some, Salli, Chat dan Limbat yang berhijrah ke kawasan Padang Rengas dan Kuala Kangsar sekitar tahun 1850’an . Seperti kehilangan wanita ini, Moyang Salli juga dikatakan ghaib. Kisah Moyang Salli ini pernah disiarkan dalam Misteri Nusantara pada pertengahan bulan januari yang lepas.
Seperkara lagi, dipertengahan perkampungan Paya Lintah khususnya tanah warisan keturunan Jektah ditegah daripada membuat sebarang binaan. Berdasarkan kisah yang diterima oleh keluarga Rafeah Tak Yeh, laluan ini merupakan laluan penting bagi makhluk halus yang berulang alik antara Batu Hampar Paya Lintah dengan Gunung Changkat Ponggeng. Maka kanak-kanak terutama sekali cucunya amat ditegah bermain di halaman rumah pada waktu senja. Pernah terjadi salah seorang cucunya berusia 10 tahun disepak oleh makhluk halus hinggakan kesannya bermuka senget. Setelah diubati secara perubatan tradisional oleh opah saudara di Kg. Kroh Hulu, mangsa kembali sembuh sediakala setelah meminta maaf. Puncanya kerana mangsa tak sengaja terlanggar anak orang halus hingga menangis ketika bermain di waktu senja dengan adik bongsunya hingga mengakibatkan si ibu makhluk halus ini marah lalu memukul di bahagian pipi mangsa. Justeru, sejak dahulu lagi laluan ini ditegah dibina sebarang binaan seperti rumah atau pondok kerana dikatakan secara terus menerus ahli di dalam rumah tersebut akan acapkali mendapat sakit demam @ istilah kampung tertegur oleh makhluk halus ini kerana tapak tersebut merupakan laluan penting makhluk berkenaan. Ada yang mengatakan ia juga laluan Hantu Tinggi. Kesannya kepercayaan ini, bahagian asal rumah ini sewaktu di awal pembinaannya pada tahun 1985 ditegah oleh orang-orang tua iaitu jiran terdekat dengan mengarahkan dialihkan pembinaannya di sebelah sana suatu bekas tapak rumah Tok Bidan.
Menurut cerita penduduk Kampung Laneh pula, gunung ini kawasan jagaan Moyang Api. Kisahnya begini sewaktu mengusung jenazahnya oleh orang-orang kampung diceritakan jenazahnya tiba-tiba hilang sewaktu perjalanan ke perkuburan. Apabila melihatkan kejadian ini berlaku setelah habis ikhtiar maka penduduk ketika itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan keranda kosong untuk dijadikan tanda. Malah hingga ke hari ini, masih lagi segelintir penduduk mendakwa ada sekali sekala terlihat orang tua yang tidak dikenali sedang mengambil air sembahyang di sungai ini. Malah di pergunungan ini pernah diceritakan aktiviti peminjaman pinggan mangkuk bagi kenduri kendara dilakukan oleh para penduduk kampung.
Penghargaan Pihak Yang Terlibat di Bengkel Labu Sayong Paya Lintah
|
[ Pengenalan ] [ Lokasi ] [ Produk Kraf ] [ Customer Services ] [ Lain-lain ]
Lawatan Majalah 3 dan Tiga Kisah Misteri Nusantara di Bengkel Labu Sayong Kami
Hebahan dan Peringatan Untuk Tempahan Lawatan Ke Halaman Utama Kembali
![]()
Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian ( Shahril 6012-4595687 ) atau di alamat No.141, Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Malaysia