Opah
dilahirkan di Kampung Kepala Bendang, Sayong. Sebuah perkampungan yang
mana pembuatan Labu Sayong berasal. Anak ke dua daripada tujuh adik
beradik iaitu Romunah, Rofaah, Ropidah, Rokiah, Putih Nasa, Zamri, dan
Ismail. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh opah. Amin.
Kisah Zaman
Kanak-Kanak
Kisah di
zaman kanak-kanaknya tak banyak diketahui kerana opah banyak berahsia
dengan kami sekalian cucu-cucunya. Namun, menerusi saudara opah terdekat
banyak juga kami cungkilkan antaranya lebih memerap kat rumah ini kerana
opahlah diberi tanggungjawab untuk menjaga rumah dalam segala hal.
Manakala adik-beradik lain lebih ditumpukan untuk menolong ayah ibu
membuat kerja di lapangan. Dari menyiapkan makanan sekeluarga, mengemas
rumah hinggalah menjaga adik-adik yang masih kecil. Masa kecilnya opah
seorang yang tabah dan amat mematuhi suruhan ibunya.
Gerbang
Perkahwinan
Opah melangsungkan perkahwinan pada umur 15tahun pada
zaman pendudukan Jepun. Oleh kerana ketua kampung ketika itu 'main tipu
helah', maka sekalian penduduk kampung terselamat daripada kekejaman
Jepun dan Bintang Tiga. Hasil peminangan oleh mak saudaranya di Kampung
Kroh Hulu, Padang Rengas untuk dijodohkan dengan anak saudara sebelah
suaminya (iaitu atuk) diterima baik oleh bapa opah di Kampung Kepala
Bendang, Sayong. Hasil perkahwinan ini dikurniakan 7 orang anak iaitu 2
lelaki 5 perempuan. Namun, 3 orang anak opah meninggal sejak kecil lagi
iaitu Mat Serdin, Sariah dan Mona.
Kehadiran
Cucu
Di rumah
opah, tanggal 27 Julai 1979 disambut dengan penuh kegirangan kerana pada
tarikh itulah opah dikurniakan cucu sulung bernama Khairul Shahril.
Sewaktu itu memanglah sebagai cucu sulung opah menatang bagai minyak
yang penuh. Kini opah mempunyai 13 orang cucu kesemuanya. Antaranya
Khairul Shahril seorang graduan UTM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda
Sains Komputer; Khairul Shah seorang graduan UUM dalam bidang Ijazah
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Maklumat; Khairulliyana seorang
graduan Kolej Universiti Antarabangsa Twintech Damansara dalam bidang
Diploma Sains Komputer; Noorsila seorang penuntut tahun 2 Kolej
Universiti Antarabangsa Twintech Damansara dalam bidang Diploma
Multimedia; Nor Shamimi seorang penuntut tahun 1 Universiti Teknologi
Mara Cawangan Sri Iskandar ; Noor Aida seorang pelajar tingkatan 4 di
Maktab Rendah Sains MARA Lenggong(MRSM). Opah dan Mak kami sering
berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh kerana dengan ilmu di dada
masa depan kelak cerah. Dengan pendidikan juga sesuatu taraf
sosio-ekonomi keluarga yang 'hidup miskin dan susah' dapat diubah. Kini
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana memberi lorongan dan
kemudahan kepada kami sekeluarga untuk mencapai kehidupan yang diimpikan.
VideoClip
Gelagat Opah
[
opah001.avi ] [ opah002.avi ]
Ke Halaman Utama