![]() |
||
Kewujudan Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah, Padang Rengas, Kuala Kangsar |
|
|
Pengenalan Perusahaan Keluarga..Perusahaan membuat kraftangan Labu Sayong ini dijalankan
oleh kami sekeluarga Zaleha Pandak Sidek. Perusahaan ini mula bertapak di
Kampung Paya Lintah, Padang Rengas pada bulan Julai 2001. Pada mulanya dengan segala kekurangan peralatan dalam membuat Labu Sayong ini kami sekeluarga tetap gigih bagi menghasilkan produk kami yang ada sehingga sekarang. Kini, pihak kami dapat menyediakan khidmat penerangan dan demontrasi akan teknik-teknik serta proses dalam pembuatan moden Labu Sayong kepada pihak-pihak yang hendak membuat Lawatan Sambil Belajar ke Bengkel Labu Sayong kami di Kampung Paya Lintah ini. Atas bimbingan ayah, Pak Nor Pandak Bedin kepada Emak;
kami usahakan secara peringkat demi peringkat sehinggalah seperti sekarang.
Bermula dengan hanya membuat Labu Air semata-mata kami beralih kepada
membuat kraf hiasan yang lain. Secara tepat perusahaan ini berasal dari
Kampung Kepala Bendang, Sayong. Selain itu, pembuatan Labu Sayong telah lama
dijalankan oleh keluarga sebelah opah kami iaitu
Rofeah Ibu kepada opah kami iaitu Ngah Halimah mempunyai 7 orang anak di mana opah kami anaknya yang ke dua daripada tujuh adik beradik. Namun, hingga ke hari ini hanya emak ( cucunya ) sahaja satu-satunya yang masih mewarisi bakat dan minat mengusahakan Kraftangan Labu Sayong. Jika masa dahulu, kedua-dua nyang kami mengusahakan Labu Sayong dan menjualkannya dengan menjaja dari kampung ke kampung sekitar Daerah Kuala Kangsar secara berjalan kaki serta berbasikal dengan menjunjung beberapa biji Labu Air. Setiap biji Labu Air yang dijual berharga 60-80 sen pada masa itu. Pendapatan yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Selain itu, kekeliruan timbul apabila pengunjung menyangka bahawa Bengkel Labu Sayong Paya Lintah ini terletak di mukim Sayong Kuala Kangsar. Tanggapan ini salah, sebenarnya Bengkel Labu Sayong Paya Lintah ini terletak di Kampung Paya Lintah iaitu dalam mukim Kg. Buaia di Padang Rengas. Padang Rengas merupakan sebuah pekan dalam daerah Kuala Kangsar yang bersempadan ke daerah Bukit Berapit Taiping. Justeru, kedudukan Bengkel ini kira-kira 6km dari persimpangan ( Simpang Empat ) di Pekan Padang Rengas menghala ke Lubuk Merbau, sebuah pekan 'mati'; juga dalam daerah Kuala Kangsar. Manakala 4km dari persimpangan ( Simpang Tiga ) di Pekan Lubuk Merbau menghala ke Padang Rengas. Sila fahami dan amati dengan teliti jujukan panduan perjalanan dari arah anda datang. Ini akan memudahkan anda untuk sampai ke tempat kami iaitu Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. Anda boleh menelefon kami untuk memandu arah. Selamat Datang..
|
[ Pengenalan ] [ Lokasi ] [ Produk Kraf ] [ Customer Services ] [ Lain-lain ]
Lawatan Majalah 3 dan Tiga Kisah Misteri Nusantara di Bengkel Labu Sayong Kami
Hebahan dan Peringatan Untuk Tempahan Lawatan Ke Halaman Utama Kembali
![]()
Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian ( Shahril 6012-4595687 ) atau di alamat No.141, Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Malaysia