PANDUAN SOAL JAWAP PELANGGAN - PRODUK, LOKASI BENGKEL & TEMPAHAN DI PERUSAHAAN KAMI

KAMPUNG PAYA LINTAH, PADANG RENGAS, PERAK

Pengenalan

Produk

Lokasi

Lawatan

Katalog

 Tempahan

 

 

Himpunan Soal Jawap Oleh Pelanggan Berkenaan Bengkel Labu Sayong Di Kampung Paya Lintah, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.  

Senarai harga yang dipaparkan adalah harga jualan di Bengkel Labu Sayong kami dan bukannya harga borong seperti yang diperolehi oleh pemborong atau penempah dalam kuantiti yang banyak

 

Peta Panduan Ke Bengkel Labu Sayong Paya Lintah

Huraian Antara Contoh Soalan Pelanggan Tentang Labu Sayong

Di ruangan ini, kami berharap penyediaan contoh pertanyaan dan soalan-soalan lazim daripada pelanggan agar dapat membantu sedikit sebanyak sebagai panduan kepada pengguna.

Soalan-soalan ini kami kelaskan mengikut pertanyaan tentang produk, lokasi bengkel perusahaan ini, cara membuat tempahan, program lawatan sambil belajar dan sebagainya 

Moga usaha ini dapat memberi manfaat kepada bakal pengunjung dan pelanggan ke bengkel perusahaan labu sayong kami di Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Dalam Daerah Kuala Kangsar, Perak

Pertanyaan 1.01 :

Kami berasal dari rawang, ingin membuat tempahan @ Pembelian bekas telur untuk kenduri perkahwinan @ Labu Sayong @ Kraf lain. Bagaimanakah cara untuk sampai ke tempat Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. Jika kami masuk susur keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar?.

 

Jawapan 1.01 :

Setelah anda memasuki susur keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar. Ikut jalan besar ( tanpa memasuki mana-mana simpang ), jalan terus menghala ke Gerik / Lenggong. Setelah hampir 2 Kilometer perjalanan dari plaza tol kemudian di sebelah kanan jalan, anda akan nampak kawasan perindustrian MIEL Lubuk Merbau , kemudian di sebelah kiri jalan seterusnya akan nampak Stesen Meteorologi / Kaji Cuaca Lubuk Merbau Kuala Kangsar, dan Taman Impiana Kuala Kangsar. Kira-kira 300 meter ke hadapan anda akan nampak papan tanda simpang ke Lubuk Merbau. Selepas ini belok kiri memasuki Lubuk Merbau.

Setelah memasuki simpang tersebut jalan terus, anda akan melepasi Sekolah Kebangsaan Syeikh Al-Marbawi. sehingga anda menemui simpang tiga ( Pekan Kecil Lubuk Merbau ). Belok kiri ( Jalan ini menghala ke Pekan Padang Rengas ) Anda akan menempuhi 4 kilometer untuk sampai ke Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. 

Lihat Jujukan Panduan Perjalanan Dari Arah Plaza Tol Kuala Kangsar Ke Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah

Pertanyaan 1.02 :

 Kami berasal dari Pengkalan Hulu, ingin membuat tempahan @ Pembelian bekas telur untuk kenduri perkahwinan @ Labu Sayong @ Kraf lain. Bagaimanakah cara untuk sampai ke tempat Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. Kami tidak arif jalan ke tempat tersebut.  

Jawapan 1.02 :

Jalan yang akan saya nyatakan ini ialah Jalan Raya Gerik- Kuala Kangsar. Kira -kira 6 Kilometer sebelum sampai ke jalan bertingkat Kuala Kangsar. anda akan berjumpa persimpangan ke Lubuk Merbau. Perhatikan Papan Tanda Arah. Pada persimpangan pertama ini, jalan ke kiri menghala ke Kampung Beluru atau Tanah Merah. Manakala jalan ke kanan akan memasuki Lubuk Merbau. Pilihan anda tentulah belok kanan, 50 meter kemudian anda akan melepasi jambatan kecil dan 100 meter kemudian berjumpa dengan pekan kecil Lubuk Merbau. Anda akan bertemu dengan simpang tiga. Kemudian belok ke kanan ( Jalan ini menghala ke Padang Rengas ). Pada persimpangan ini juga ada papan tanda untuk ke Kawasan Perkelahan Air Terjun Paya Lintah. Anda akan menempuhi 4 Kilometer untuk sampai ke Bengkel Labu Sayong Paya Lintah.

Lihat Jujukan Panduan Perjalanan Dari Arah Lenggong / Gerik Ke Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 1.03 :

Kami berasal dari Taiping, ingin membuat tempahan @ Pembelian bekas telur untuk kenduri perkahwinan @ Labu Sayong @ Kraf lain. Bagaimanakah cara untuk sampai ke tempat Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. Jika kami menggunakan jalan lama persekutuan ke Kuala Kangsar ( Padang Rengas ) ?  

 

Jawapan 1.03 :

Untuk pengetahuan anda perlu berhenti di Pekan Padang Rengas iaitu berlatar belakang Gunung Batu Kapur iaitu Gunung Pondok. Pada Persimpangan Pekan Padang Rengas ini sila belok kiri menghala ke Lubuk Merbau. Anda akan menempuhi 6 km perjalanan sebelum sampai di Bengkel Labu Sayong Paya Lintah kami iaitu berada di tepi jalanraya sahaja.

Lihat Jujukan Panduan Perjalanan Dari Arah Taiping / Butterworth Ke Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah

Pertanyaan 1.04 :

 Kami berasal dari Sungai Siput, ingin membuat tempahan @ Pembelian; bekas telur untuk kenduri perkahwinan @ Labu Sayong @ Kraf lain. Bagaimanakah cara untuk sampai ke tempat Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. Jika kami menggunakan jalan lama persekutuan ke Kuala Kangsar ( Bengkel Labu Sayong Paya Lintah )?.  

Jawapan 1.04 :

Anda seharusnya menggunakan jalan lama persekutuan dari arah Sungai Siput menghala Bandar Kuala Kangsar kemudian menghala ke Taiping. Pada Jalan Bertingkat Simpang ke Plaza Tol Kuala Kangsar atau ke Gerik. Maka anda seharusnya memilih jalan ke Gerik @ Lenggong kerana jalan ini merupakan jalan pintas ke Bengkel Labu Sayong Paya Lintah kami. Kira-kira 2 km kemudian akan berjumpa kawasan perindustrian MIEL Lubuk Merbau , Stesen Kaji Cuaca Lubuk Merbau Kuala Kangsar, dan Taman Impiana Kuala Kangsar. Selepas ini belok kiri memasuki Lubuk Merbau kemudian jalan terus sehingga anda menemui simpang tiga menghala Padang Rengas. dari sini anda akan menempuhi 4 km sebelum sampai ke Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas. Simpang ini juga terdapat panduan papan tanda untuk ke Kawasan Perkelahan Air Terjun Paya Lintah.

Lihat Jujukan Panduan Perjalanan Dari Arah Plaza Tol Kuala Kangsar Ke Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 2.01 :

Saya pelik dan hairan, Labu Sayong ( kegunaan air ) kepunyaan jiran airnya sungguh sejuk dan segar dan sedap. Tetapi mengapa Labu Sayong ( kegunaan air ) kepunyaan saya airnya berbau busuk @ bau cat / minyak diesel @ pahit air @ payau?  

  

 

Jawapan 2.01 :

Dalam hal ini, kemungkinan besar anda telah terbeli Labu Sayong bagi kegunaan perhiasan sahaja. Perlu diingatkan!!! mana-mana Labu Sayong bagi kegunaan perhiasan tidak boleh dijadikan bekas menyimpan air minuman. Ini kerana hampir kesemua Labu Sayong yang dihasilkan bagi tujuan perhiasan kini adalah di 'cat' atau dilakukan pengubahsuaian dengan pembakaran 'diesel' bagi tujuan mencantikkannya lagi supaya berkilat dan menawan. Sekira ini terjadi maka, air yang anda isi akan berbau busuk, atau lebih dahsyat berbau minyak diesel. Justeru, sebaiknya Labu Sayong jenis ini sesuai dijadikan barangan kraf perhiasan sahaja. Bahkan, air yang diisi tidak berasa segar dan sedap kerana permukaan Labu Sayong menjadi tidak telap air ( disebabkan dicat ) dan air yang diisi tidak boleh bebas berkitar secara semulajadi.  Justeru, anda dinasihatkan supaya benar-benar membeli Produk Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman di mana airnya sudah tentu sedap dan segar seperti air semulajadi dalam batuan tanah. Telah banyak rungutan yang kami terima perihal mutu produk Labu Sayong dalam daerah Kuala Kangsar. Pada hemat saya, anda boleh meminta para penjual supaya memberikan produk Labu Sayong bagi kegunaan air benar-benar sebagai bekas air minuman supaya tidak tersalah beli Labu Sayong kegunaan perhiasan yakni di 'cat'. Untuk pengetahuan, Bengkel Labu Sayong kami di Kampung Paya Lintah Padang Rengas; merupakan bengkel pengkhususan membuat Labu Sayong untuk kegunaan asli bekas air minuman.

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 2.02 :

Saya ada diberitahu, bahawa Labu Sayong airnya kini tidak sedap. Tapi, dari pengalaman saya sendiri, khususnya Labu Sayong yang dibeli oleh keluarga saya airnya amat segar dan sedap diminum. Malah hampir 2 tahun digunakan secara berterusan. Justeru, kenapa keadaan serta trend tanggapan pembeli sekarang begitu?.  

 

Jawapan 2.02 :

Untuk pengetahuan, kami tidak terkecuali daripada menerima kesan yang saudara nyatakan tadi. Hal ini terjadi disebabkan pengguna terbeli Labu Sayong pada sangkaan pengguna untuk bekas air minuman tetapi sebenarnya membeli Labu Sayong kegunaan perhiasan. Tidak diketahui siapa yang bersalah dalam hal ini, bagi pihak penjual yang lain mungkin menyangka pembeli yang membeli produk Labu Sayong kegunaan perhiasan mereka untuk dijadikan barangan perhiasan di rumah ataupun pejabat. Bagi pihak pengguna anggapan mereka bahawa produk Labu Sayong sebagai bekas menyimpan air minuman sebenarnya tidak lagi sesuai pada zaman kini. Labu Sayong kini telah berevolusi dan diberi nafas inovasi supaya lebih kompetatif dalam dunia perniagaan sekarang. Labu Sayong kini terbahagi kepada 2 jenis kegunaan iaitu sebagai bekas air minuman dan satu lagi sebagai kegunaan perhiasan sahaja. Justeru, adalah amat dinasihatkan supaya pengguna @ pembeli pastikan bahawa produk Labu Sayong yang dibeli itu adalah benar-benar jenis bekas air minuman sekiranya anda mahu menjadikannya sebagai bekas menyimpan air minuman. Ini kerana tanggapan pengguna sekarang amatlah silap jika berlaku kes-kes yang dinyatakan tadi. Tidak diketahui, samada tanggapan negatif ini sengaja disebarkan bagi melumpuhkan industri desa yang majoritinya diusahakan pengusaha kecil. Diharap para pengusaha dan penjual berilah penerangan secukupnya kepada pembeli supaya salah faham yang berlaku di pihak pengguna tidak berlarutan dan memberi kesan tidak sihat kepada para pengusaha dan penjual barangan kraf Labu Sayong, buat kita semua dalam daerah Kuala Kangsar. Untuk pengetahuan, Bengkel Labu Sayong kami di Kampung Paya Lintah Padang Rengas; merupakan bengkel pengkhususan membuat Labu Sayong untuk kegunaan asli bekas air minuman.

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 2.03 :

 Saya sudah lama tidak membeli Labu Sayong. Ini kerana Labu Sayong saya sering saja kekeringan walaupun berkali-kali diisi dengan air hingga penuh. Kenapa ia begitu, adakah ia bocor?.

 

Jawapan 2.03 :

Ya memang benar ianya bocor jika apa yang saudara katakan begitu. Jadi jangan berputus asa dan anda perlu membeli yang baru. Sebenarnya bukan semua produk Labu Sayong 'bocor' malah diakui memang ia adalah buatan tangan manusia yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Malah tidak dijamin seratus peratus setiap barangan keluaran Labu Sayong yang dihasilkan 'elok'. Namun, setiap pengusaha terutamanya diri saya sendiri akan memastikan produk keluaran mereka 'Labu Sayong' bermutu dan berkualiti. Di pihak saya, sebagai pengeluar barangan kraf membenarkan produk berkenaan ditukar semula dengan yang baru dengan syarat barangan kraf tersebut adalah benar-benar barangan keluaran kami di Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas. Serta Keadaan barangan tersebut benar-benar bocor dan tidak melibatkan sebarang kesilapan dan kecuaian yang dilakukan oleh pengguna. Secara terang, anda wajib membawa barangan kraf 'Labu Sayong' tadi untuk kami membuat pemeriksaan. Untuk pengetahuan setakat ini tiada langsung aduan yang diterima daripada pengguna perihal barangan kraf keluaran bengkel kami. Ini disebabkan tiada seorang pekerjapun yang diupah di Bengkel Labu Sayong kami kerana hanya kami sekeluarga yang mengusahakan perusahaan kraftangan Labu Sayong. Jadi sudah tentu kualiti pengeluaran terjamin.

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 2.04 :

 Kenapa Labu Sayong kepunyaan saya seperti akan berpeluh. walhal, ia baru saja dibeli?.  

  

 

Jawapan 2.04 :

Untuk pengetahuan, memang Labu Sayong akan berpeluh sewaktu mula - mula digunakan apabila diisi dengan air buat pertama kali. Hal ini berlaku disebabkan air yang diisi akan mula meresap terlebih dahulu badan Labu Sayong yang diperbuat daripada tanah liat yang telah bertukar menjadi batuan. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan situasi ini untuk 3 hingga 4 hari seterusnya. Air yang anda isi itu akan surut sedikit demi sedikit supaya air benar-benar telah sebati dengan badan Labu Sayong tersebut. Akan tetapi, sekiranya air yang diisi terus menerus meresap keluar maka kesimpulan yang dibuat Labu Sayong anda bocor dan anda perlu memulangkan kembali untuk digantikan dengan yang baru. Pihak kami di Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas ada menyediakan kertas panduan dan mengandungi petua tersendiri bagi menggunakan Labu Sayong yang dibeli dari pihak kami.

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 2.05 :

 Setelah berminggu - minggu digunakan, Labu Sayong yang saya beli mula menampakkan keputihan di permukaan badan dan di muncungnya seolah-olah berkulat?  

 

Jawapan 2.05 :

Labu Sayong amat berbeza dengan bekas minuman yang lain seperti mug, jug dan pinggan mangkuk berporselin kaca. Secara fizikal, Labu Sayong adalah tanah liat yang dibakar tanpa sebarang sanduran unsur atau bahan lain. Oleh demikian, tanah liat ini yang membentuk Labu Sayong telah menjadi batu berlapis menyamai batuan biasa di dalam tanah. Faktor inilah juga menyebabkan air Labu Sayong sejuk semulajadi jika dibandingkan bekas yang lain. Oleh kerana airnya berkitar dan meresap batuan tanah liat, badan Labu Sayong akan sentiasa menyejuk dan ini sebagai penggalak debu-debu yang berterbangan di dalam rumah kita akan pergi ke arahnya dan terperangkap pada permukaan Labu Sayong. Kulat atau keputihan yang dimaksudkan sebenarnya adalah debu-debu yang terkumpul dan Labu Sayong anda tidak dicuci untuk jangka masa yang lama. Labu Sayong sebenarnya memerlukan penjagaan yang rapi antaranya kerap dibersihkan dan dicuci pada permukaan badan serta bahagian muncungnya, ketika menggunakannya pastikan tangan anda bersih daripada sisa makanan atau kotoran.

. Sekarang, anda tentu faham apa yang cuba saya jelaskan. Justeru, anda jangan malas membersihkan permukaan Labu Sayong anda sekerap yang mungkin. Apatah lagi, sekiranya persekitarannya berprofil tinggi dengan kandungan debunya. Maka inilah yang dikatakan kelainan, keistimewaan dan keunikan Labu Sayong sebagai khazanah tinggalan bangsa kita. Sekian. 

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 2.06 :

 Saya ingin menggunakan kembali Labu Sayong ( Untuk kegunaan air ) yang telah lama tidak dipakai. Masalahnya, keadaan seperti kulat di dalamnya. Boleh jelaskan mengapa ia terjadi?  

 

Jawapan 2.06 :

Labu Sayong amat berbeza dengan bekas minuman yang lain seperti mug, jug dan pinggan mangkuk berporselin kaca. Secara fizikal, Labu Sayong adalah tanah liat yang dibakar tanpa sebarang sanduran unsur atau bahan lain. Oleh demikian, tanah liat ini yang membentuk Labu Sayong telah menjadi batu berlapis menyamai batuan biasa di dalam tanah. Faktor inilah juga menyebabkan air Labu Sayong sejuk semulajadi. Oleh demikian, keadaan seperti kulat terjadi disebabkan ia tidak digunakan sekian lama di mana masih ada takungan air dan persekitaran dalamannya yang lembab kemudian disimpan tanpa dikeringkan terlebih dahulu. Lihat batuan sungai yang deras airnya yang disamakan Labu Sayong yang terus menerus digunakan dengan Batuan yang airnya bertakung tidak mengalir yang disamakan Labu Sayong yang sekian lama tidak digunakan. Perbandingan pasti jelas iaitu batuan sungai yang deras airnya tidak berlumut manakala yang satu lagi pasti berlumut. Hal ini samalah tentang Labu Sayong. Cuba fikirkan, Labu Sayong berbadankan batuan tanah liat biasa semata-mata manakala bekas lain seperti mug, jug dan mangkuk berporselin kaca berbadankan tanah liat di dalamnya dan di luar selaluti unsur kimia melalui pembakaran teknik glaze. Sekarang, anda mesti faham apa yang cuba saya jelaskan. Justeru, anda jangan berputus asa dengan membuat pembelian yang baru. Maka inilah yang dikatakan kelainan, keistimewaan dan keunikan Labu Sayong sebagai khazanah tinggalan bangsa kita. Sekian. 

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 2.07 :

 Bagaimanakah cara / petua / kaedah untuk memastikan Labu Sayong yang kita beli itu benar-benar 'cukup masak' dan selamat daripada kerugian daripada 'terbeli' Labu yang 'tidak cukup masak'. Dengar khabar, jika 'tidak cukup masak' labu Sayong akan retak dan bocor apabila diisi dengan air dan tidak boleh dipakai.

 

Jawapan 2.07 : 

Terdapat petua mudah bagi memastikan samada Labu Sayong (Untuk Kegunaan Bekas Minuman) benar-benar 'masak'.Keadaan 'Tidak Cukup Masak' membuatkan tanah liat yang membentuk Labu Sayong masih berkeadaan rapuh belum bertukar menjadi batu sepenuhnya dan akan 'cair' apabila terkena air. Atau istilah yang paling tepat ialah 'lerak'. Kesimpulan yang boleh dibuat, anda telah terbeli Labu Sayong yang dibakar 'Tidak Cukup Masak'. Untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku pastikan anda menggunakan petua ini. Iaitu semasa membeli jentik badan Labu Sayong 'Kegunaan Bekas Minuman' beberapa ketika dengan muncung Labu Sayong didekatkan di telinga, jika ia berbunyi gema nyaring 'king, king, king' maka ia bermakna 'Dibakar Cukup Masak' dan jika sebaliknya iaitu berbunyi 'tek, tek, tek' maka sudah pasti Labu Sayong tadi dibakar 'Masih Mentah'. Justeru, anda akan bakal berhadapan yang anda katakan tadi iaitu retak dan bocor.

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 2.08 :

 Bolehkah Labu Sayong diisi dengan air panas. Dan air selain daripada air masak bolehkah diisi pada labu sayong itu.  

  

 

Jawapan 2.08 :

Air masak yang panas tidak akan memudaratkan Labu Sayong. Ini kerana Labu Sayong sendiri dibakar pada suhu yang amat tinggi. Namun, air masak yang panas akan menyejuk dalam beberapa jam kemudian. Seelok-eloknya, hanya air masak sahaja yang amat sesuai digunakan kerana Labu Sayong sememangnya bekas menyimpan air masak sejak dahulu kala lagi. Sekiranya air minuman lain diisi sebagai contoh air sirap maka apabila dibasuh dan digantikan dengan air masak kembali; air masak tersebut akan berbau sirap. Sekian. 

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 2.09 :

 Banyak rungutan yang saya dengar berhubung Labu Sayong. Namun, rakan saya yang berasal dari Kuala Kangsar ada menasihatkan supaya berhati-hati membeli Labu Sayong kerana kebanyakkannya 'dicat'. Beliau menasihati saya supaya membeli Labu Sayong yang memang warna kehitamannya yang asli iaitu dibakar dengan sekam padi @ habuk papan semata-mata. Walaupun terdapat kepudaran di hujung muncung Labu Sayong tersebut. Pendapat beliau, itu lagi baik daripada Labu Sayong yang kelihatan hitam bersinar( menonjol sangat ) yakni 'dicat'. Jadi apakah benar begitu?.  

 

Jawapan 2.09 :

Memang ada kebenaran seperti yang telah dinasihatkan oleh rakan saudara itu. Ini kerana ramai penjual yang mahu barangan kraf Labu Sayong dalam stok mereka yang dibeli daripada pembekal supaya lebih berkilat dan menawan hati para pelanggan. Kebanyakkan penjual hanya mementingkan keuntungan dan keinginan menghabiskan stok dengan segera tanpa memikirkan kesan kepada pengguna/pembeli Labu Sayong. Jangan terkejut jikalau dikatakan para penjual sendiri tidak merasakan air yang diisi ke dalam Labu Sayong yang di'cat' sendiri oleh mereka. Bayangkan jika anda sendiri mengecat cawan anda dengan cat dan varnis kemudiannya anda sendiri menggunakannya untuk bekas minuman anda. Anda sanggupkah? Bagaimana kandungan kimia pada cat yang digunakan?

Untuk pengetahuan semua, mana-mana produk Labu Sayong yang di'cat' pada permukaannya adalah tujuan kegunaan perhiasan sahaja. Namun, pengecualian di buat ke atas Labu Sayong Kegunaan Bekas Minuman yang (dibakar Merah) kerana ada yang diwarnakan menggunakan warna khas tapi bukan cat pada badan Labu Sayong. 

Istilah 'Labu Sayong Asli' bermakna Labu Sayong untuk kegunaan bekas menyimpan air minuman dan tidak dicat seperti Labu Sayong kegunaan perhiasan. Umum mengetahui Labu Sayong Asli berwarna kehitaman semulajadi. Itu sebab dalam keadaan tertentu terdapat kepudaran di hujung muncung Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman. Kepudaran ini berlaku secara tidak sengaja apabila Labu Sayong dalam kuantiti yang kecil ( berdekatan dengan api pembakaran ) berada pada suhu panas yang melampau atau istilah 'terlebih masak sangat'. Hal ini tidak menjejaskan dari sudut penggunaannya dalam menyimpan air cuma warnanya sahaja yang tidak menarik pembeli. 

Akan tetapi, awas !! Labu Sayong (didakwa sebagai Kegunaan Bekas Minuman)  yang berkilat kehitaman. Pastikan ia berwarna hitam asli pembakaran sekam padi/papan, jika hitam dicat ia hanya sesuai untuk perhiasan sahaja. Sekiranya ia diisi air anda akan mendapati airnya tidak sejuk dan tidak segar atau lebih malang akan berbau cat varnis. Bayangkan jika anda sendiri mengecat cawan anda dengan cat spray dan varnis kemudiannya anda sendiri menggunakannya untuk bekas minuman anda. Anda sanggupkah? Tepuk dada tanya selera. Sudah tentu tindakan anda itu, untuk menjadikannya barangan perhiasan sahaja bukan?. Sekian

 

Pertanyaan 2.10 :

 Ibu saya asal dari sayong. Beliau mengatakan Labu Sayong berwarna hitam asli itu dibakar dengan memasukkannya kepada sekam padi @ habuk papan. Hanya itu semata-mata katanya bagi memastikan kualiti airnya nanti. Akan tetapi, baru-baru ini ada pengusaha mendakwa teknik baru dijalankan dengan menambahkan minyak diesel ke dalam sekam padi @ habuk papan terbabit. Pada hemat saya, logiknya sudah tentu Labu Sayong tersebut akan berbau minyak 'diesel' apabila digunakan oleh pengguna kelak seperti yang kita semua ketahui sekarang. Apa pendapat saudara?.  

 

Jawapan 2.10 :

Hal ini begitu sensitif untuk saya jelaskan, ini kerana segelintir pengusaha ada yang melakukannya seperti yang didakwa kebanyakkan orang. Namun, seperti perumpamaan "Kerana nila setitik, Rosak susu sebelanga", telah ramai orang yang datang ke Bengkel Labu Sayong kami untuk membeli Labu Sayong mengemukakan aduan mereka bahawa Labu Sayong yang dibeli di tempat lain berbau 'diesel'. Di sini kami sekeluarga hanya terdaya memaklumkan bahawa pihak kami tidak terlibat aktiviti seumpama itu, yang jelas kami sekeluarga sebagai pengusaha Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas kekal menggunakan teknik pembakaran sekam secara tradisi iaitu hanya berbekalkan sumber sekam padi atau habuk papan semata-mata tanpa ditokok tambah dengan unsur lain. Malah kami turut memberikan pelanggan untuk merasa sendiri rasa air Labu Sayong buatan Bengkel kami yang sememangnya segar, sejuk dan sedap diminum. 

Seperkara lagi, diharap dapatlah saudara atau pembeli lain membuat perbezaan tentang Labu Sayong Asli untuk kegunaan bekas minuman dan Labu Sayong yang berkilat kehitaman untuk kegunaan perhiasan. Anda pasti boleh membezakannya akan mana satu yang di'cat' atau berwarna kehitaman semulajadi serta menghidu bau pada muncung Labu Sayong berkenaan. Sekian

 

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 2.11 :

 Labu yang saya beli, dalam beberapa minit meretak setelah diisi dengan air. Kenapa ini terjadi?. Walhal, air yang saya isikan itu sejuk bukannya panas.  

  

 

Jawapan 2.11 :

Air masak yang panas tidak akan memudaratkan Labu Sayong. Ini kerana Labu Sayong sendiri dibakar pada suhu yang amat tinggi. Namun, hal ini terjadi sekiranya Labu Sayong tadi dibakar 'Belum Cukup Masak'. Keadaan ini membuatkan tanah liat masih berkeadaan rapuh belum bertukar menjadi batu dan akan 'cair' apabila terkena air. Atau istilah yang paling tepat ialah 'lerak'.Kesimpulan yang boleh dibuat, anda telah terbeli Labu Sayong yang dibakar 'Tidak Cukup Masak'. Untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku pastikan anda menggunakan petua ini. Iaitu semasa membeli jentik badan Labu Sayong 'Bekas Minuman' beberapa ketika dengan muncung Labu Sayong didekatkan di telinga, jika ia berbunyi gema nyaring 'king, king, king' maka ia bermakna 'Dibakar Cukup Masak' dan jika sebaliknya iaitu berbunyi 'tek, tek, tek' maka sudah pasti Labu Sayong tadi dibakar 'Masih Mentah'.

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 3.01 :

 Benarkah Labu Sayong ini airnya amat mujarab dan bagus dijadikan ubat?. Bagaimana pendapat anda?.  

 

Jawapan 3.01 :

Ia sebenarnya bersifat subjektif, yang jelas air yang disimpan di dalamnya berasa sejuk semulajadi, segar dan sedap diminum. Malah amat sesuai menghilangkan dahaga di waktu malam selain menyejukan badan dan mengurangkan batuk biasa. Penggunaan Labu Sayong di rumah mengakibatkan anda akan mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian. Memang ada pesan orang-orang tua dahulu berkenaan khasiat Labu Sayong. Antaranya dijadikan ubat air penawar yang di dahulukan dengan doa-doa tertentu bagi sakit-sakit badan yang berpunca unsur mistik Di samping suhu airnya secara semulajadi yang amat sesuai pada tubuh badan. Kesejukan airnya amat berbeza jika dibandingkan sejuk ais batu malah air sejuk Labu sayong lebih puas diminum di waktu panas tengahari. Seperkara lagi, bagi pengguna yang tahu dan faham khasiat penggunaan tanah liat dalam perubatan tradisional alternatif. Maka semestinya faham akan mengapa nenek moyang kita mengatakan Labu Sayong airnya amat berkhasiat.

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 3.02 :

 Boleh saudara terangkan, apakah keistimewaan dan khasiat sebenar air Labu Sayong. Mengapa airnya sejuk dan segar malah sedap diminum.  

 

Jawapan 3.02 :

Perlu dinyatakan bahawa Labu Sayong berbeza dengan mana-mana bekas air seperti teko kaca berporselin, mug, jug dan sebagainya. Ini kerana lazimnya, air yang disimpan di dalam jug, teko yang dibakar teknik glaze (berporselin kaca) tidak akan sejuk. Berbeza Labu Sayong asli (kegunaan bekas minuman) yang mana airnya segar dan sejuk secara semulajadi seakan di dalam batuan tanah. Untuk makluman, Labu Sayong diperbuat daripada tanah liat khas yang boleh dibakar menjadi tembikar batu tanpa mengandungi campuran yang lain. Oleh sebab itu, Labu Sayong yang asli akan menjadikan air yang disimpan menjadi sejuk, segar dan sedap diminum. Airnya juga boleh menyejukkan badan dan dikatakan penawar penyakit mistik apabila diamalkan meminumnya selalu. Labu Sayong yang asli akan membenarkan air masak yang disimpan di dalamnya berkitar dan menyerap tembikar batu dan berkodensasi dalam istilah sainsnya dan ini menyebabkan badan Labu Sayong sentiasa sejuk apabila diisi dengan air di dalamnya.Untuk merasakan keenakan rasa air Labu Sayong, air yang diisi hendaklah air masak dan diperam untuk jangkamasa 3 atau 4 jam setiap kali Labu Sayong diisikan dengan air yang baru.

Istilah 'Labu Sayong Asli' bermakna Labu Sayong untuk kegunaan bekas menyimpan air minuman dan tidak dicat seperti Labu Sayong kegunaan perhiasan. Awas !! Labu Sayong (Kegunaan Bekas Minuman)  yang berkilat kehitaman. Pastikan ia berwarna hitam asli pembakaran sekam padi/papan, jika hitam dicat ia hanya sesuai untuk perhiasan sahaja. Sekiranya ia diisi air anda akan mendapati airnya tidak sejuk dan tidak segar atau lebih malang akan berbau cat varnis. Bayangkan jika anda sendiri mengecat cawan anda dengan cat dan varnis kemudiannya anda sendiri menggunakan untuk bekas minuman anda. Anda sanggupkah? Tepuk dada tanya selera. Sudah tentu tindakan anda itu, untuk menjadikannya barangan perhiasan sahaja bukan?. Sekian

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

Pertanyaan 3.03 :

 Boleh saudara terangkan teknik @ petua @ panduan yang sepatutnya diikuti apabila menggunakan Labu Sayong pertama kali dipakai. Ini kerana bermacam-macam versi yang saya difahamkan.

 

Jawapan 3.03 :

Jika anda membeli barangan kraf Labu Sayong kami di Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas. Anda akan disertakan kertas panduan iaitu petua menggunakan Labu Sayong supaya air yang diisi akan berasa sedap diminum dan tidak berbau. 

Untuk pengetahuan, Bengkel Labu Sayong kami di Kampung Paya Lintah Padang Rengas; merupakan bengkel pengkhususan membuat Labu Sayong untuk kegunaan asli bekas air minuman.

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 Pertanyaan 4.01 :

 Jika saya ke tempat anda dan membeli barangan kraf. Bolehkah, sekiranya Labu Sayong 'air' ( kemudian didapati bocor ) @ bermasalah dipulangkan dan diganti dengan yang lain?.

 

Jawapan 4.01 :

Ya, dengan syarat barangan kraf Labu Sayong ( Untuk Bekas Minuman ) benar-benar buatan kami di Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. Labu Sayong yang bocor akan diganti yang baru setelah pemeriksaan selesai dijalankan oleh kami. Justeru, anda wajib memulangkannya kepada kami. Istilah 'Bocor' merujuk kepada keadaan Labu Sayong seperti keadaan asal yang dibeli tanpa sebarang kecacatan baru. Kecacatan baru ditakrifkan sebarang kesan perbuatan yang mendatangkan kerosakan seperti retak atau pecah. Jika ini berlaku, ia sememangnya kecuaian anda dan kami tidak akan melayan tuntutan tersebut. 

Lihat Artikel Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah

 

Pertanyaan 4.02 :

 Saya ingin membeli dan membuat tempahan ke atas 500 biji Bekas Telur. Berkenaan urusan deposit, berapakah jumlah yang harus saya bayar dan bagaimana prosesnya?.  

  

 

Jawapan 4.02 :

Sebarang tempahan mesti dilakukan awal tidak kurang daripada sebulan. Bergantung juga jumlah barangan kraf yang ditempah dan kekangan tenaga kerja semasa yang kami ada. Berkenaan bayaran deposit, segala urusan dibincangkan di talian  012-4595687 atau anda datang sendiri ke Bengkel Labu Sayong kami di alamat yang tertera. Bayaran deposit dikenakan adalah separuh daripada jumlah harga barangan yang ditempah samada anda membayarnya sendiri atau 'bank in' ke dalam akaun saya bernama KHAIRUL SHAHRIL BIN KHARUDDIN. Nombor Akaun Bank dan Nokp akan diberi semasa perbincangan semasa dalam talian telefon. Justeru, diingatkan hanya akaun bank bernama KHAIRUL SHAHRIL BIN KHARUDDIN sahaja di terima. Segala kesilapan, saya bagi pihak pengusaha Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Oleh demikian, simpan salinan slip 'bank in' berkenaan untuk rujukan urusan selanjutnya. 

Hebahan dan Peringatan !!!

 

Pertanyaan 4.03 :

 Saya ingin membeli dan membuat tempahan ke atas 500 biji Bekas Telur. Berkenaan urusan deposit, berapakah jumlah yang harus saya bayar dan bagaimana prosesnya?.Bagaimana jika saya meminta saudara untuk menghantar barangan itu ke tempat saya di KL kerana saya tiada kesempatan untuk pergi ke tempat saudara.   

 

Jawapan 4.03 :

Sebarang tempahan mesti dilakukan awal tidak kurang daripada sebulan. Bergantung juga jumlah barangan kraf yang ditempah dan kekangan tenaga kerja semasa yang kami ada. Berkenaan bayaran deposit, segala urusan dibincangkan di talian 012-4595687 atau anda datang sendiri ke Bengkel Labu Sayong kami di alamat yang tertera. Bayaran deposit dikenakan adalah separuh daripada jumlah harga barangan yang ditempah samada anda membayarnya sendiri atau 'bank in' ke dalam akaun saya bernama KHAIRUL SHAHRIL BIN KHARUDDIN. Nombor Akaun Bank dan Nokp akan diberi semasa perbincangan dalam talian telefon. Justeru, diingatkan hanya akaun bank bernama KHAIRUL SHAHRIL BIN KHARUDDIN sahaja di terima. Segala kesilapan di pihak anda, saya bagi pihak pengusaha Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Oleh demikian, simpan salinan slip 'bank in' berkenaan untuk rujukan urusan selanjutnya. 

Berkenaan khidmat penghantaran yang saudara minta, pihak kami memang ada menyediakan sekali pakej penghantaran tetapi bagi destinasi yang telah ditetapkan. Anda boleh klik 'halaman destinasi' untuk rujukan. Segala temujanji mestilah diadakan terlebih dahulu untuk kemudahan kedua-dua belah pihak. Untuk pakej penghantaran, anda mesti bersetuju untuk membayar kos penghantaran dibuat oleh kami seperti yang dinyatakan di dalam 'halaman destinasi' yang disediakan.

Hebahan dan Peringatan !!!

 

Pertanyaan 4.04 :

 Saya seorang peniaga, ingin membuat pembelian pukal @ borong ke atas barangan kraf Labu Sayong. Berapakah harga yang boleh saya perolahi serta berapakah lama tempahan masa untuk menyiapkan barangan yang saya tempah? Serta berapakah had minimum dan maksimum Labu Sayong @ kraf lain yang boleh ditempah.   

 

Jawapan 4.04 :

Berkenaan harga borong, sudah tentu harga berkenaan lebih murah daripada harga jualan dengan syarat barangan kraf yang ingin dibeli secara borong hendaklah dalam kuantiti yang banyak. Kepada mereka yang sekian lama menjadi pemborang tetap barangan kraf kami, barangan yang ditempah akan disiapkan secepat mungkin. Bagi mereka yang pertama kali ingin memjadi pemborong barangan kraf, kami menetapkan syarat had minumum yang diborong ialah 33 biji untuk labu sayong dan barangan kraf lain yang bersaiz besar. Manakala 100 biji untuk sebarang barangan kraf perhiasan @ hadiah yang bersaiz kecil. Berkenaan had maksimum tempahan, tiada had maksimum yang dikenakan. Namun, mungkin diadakan secara berperingkat. 

Selain itu, anda dinasihatkan sebaik-baiknya sebarang tempahan hendaklah diadakan awal paling lewat sebulan dari tarikh yang dikehendaki.

 

Hebahan dan Peringatan !!!

Pertanyaan 4.05 :

 Saya seorang peniaga, ingin membuat pembelian pukal @ borong ke atas barangan kraf Labu Sayong. Berapakah harga yang boleh saya perolahi serta berapakah lama tempahan masa untuk menyiapkan barangan yang saya tempah? Serta berapakah had minimum dan maksimum Labu Sayong @ kraf lain yang boleh ditempah.   

  

 

Pertanyaan 4.06 :

 Kami berasal dari rawang, ingin membuat tempahan @ Pembelian bekas telur untuk kenduri perkahwinan @ Labu Sayong @ Kraf lain. Bagaimanakah cara untuk sampai ke tempat Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. Jika kami masuk susur keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar?.

 

 
   

Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut. 


Info Membuat Lawatan Sambil Belajar ke tempat perusahaan kami.

Info Cara Membuat Tempahan Produk. 


Lihat Lokasi Bengkel  Labu Sayong

Lihat Cara Tempahan


Panduan Peta Perjalanan Ke Bengkel Perusahaan Labu Sayong Paya Lintah

Katalog

Labu Sayong Bekas Minuman

Lampu Seramik

Bekas Telur / Potpourri

Bekas Pensel

Pasu Bunga

Jambangan Bunga

Aneka Kraf Lain

Hebahan dan Peringatan

 [ Pengenalan ] [ Lokasi ] [ Produk Kraf ] [ Customer Services ] [ Lain-lain ]

Lawatan Majalah 3 dan Tiga Kisah Misteri Nusantara di Bengkel Labu Sayong Kami

Hebahan dan Peringatan        Untuk Tempahan          Lawatan           Ke Halaman Utama        Kembali


Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian  ( Shahril 6012-4595687 ) atau di alamat No.141, Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Malaysia